Buletin PENGHARUM SEPTEMBER
SECANGKIR KATA EDITOR
Syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan terbitan BULETIN PENGHARUM buat pertama kali bemula September 2016. Penerbitan BULETIN PENGHARUM TAHUNAN akan bermula pada terbitan Disember 2016 nanti dengan mengambil kira kupasan dan ulasan terhadap permasalah, isu dan penyelesaian yang akan dibuat melalui persatuan dan ahli-ahli yang berkepakaran terhadap isu dan masalah berbangkit tersebut.
Penerbitan BULETIN PENGHARUM ini amatlah tepat pada masa dan ketikanya bilamana ramai dikalangan ahli-ahli dan pengusaha gaharu tercari-cari bahan dan sumber rujukan berdasarkan keperluan dan pasaran industri gaharu semasa.
Masih belum terlambat untuk kami merakamkan ucapan tahniah kepada semua yang dilantik untuk menerajui PERSATUAN PENGUSAHA GAHARU BUMI PUTERA MALAYSIA (PENGHARUM) SESI 2015/2016 dan selamat datang kepada semua ahli-ahli baru diatas sokongan kepada persatuan ini.
Kami merakamkan ribuan terima kasih kepada barisan Jawatankuasa PENGHARUM bagi sesi 2015/2016 diatas kerjasama, sumbangan dan keringat dalam menyiapkan dan menjayakan penerbitan sulung PENGHARUM. Tidak lupa juga kepada ahli-ahli persatuan yang turut menyumbang salinan gambar-gambar produk berasaskan gaharu serta infomatif yang bermanafaat untuk dikongsikan bersama.
Sehubungan itu, PENGHARUM amat mengalu-alukan idea, cadangan, perkongsian atau langkah-langkah penyelesaian terhadap sebarang permasalahan untuk dikongsikan didalam setiap terbitan BULETIN PENGHARUM pada masa hadapan.
Pada kesempatan ini, kami barisan penyunting BULETIN PENGHARUM mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha pada tanggal 10-11 Zulhijjah 1437H bersamaan 12-13 September 2016 kepada semua muslimin dan muslimat PENGHARUM.
Sekiranya anda mempunyai idea atau cadangan boleh dikemukan kepada editor PENGHARUM di is_upm@yahoo.com atau pengharummalaysia@gmail.com, http://pengharummalaysia.blogspot.com
BULETIN PENGHARUM
SEPTEMBER 2016
Sidang Pengarang
Comments
Post a Comment